Hari 1 Tiba / Bandung


Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara dan disambut oleh pemandu pelancong.
Anda akan mulakan perjalanan ke Pasar Baru Trade Center. Perjalanan akan mengambil masa selama 20 minit, sejauh 3.8km.
Setelah pulang dari Pasar Baru, anda akan singgah makan tengah hari.
Seterusnya, anda akan ke Toko Tiga Jeans Centre. Setelah check in di hotel, anda akan ke kilang kain sulam dan Factory Outlet Jalan Riau serta kedai parfum.
Setelah selesai berjalan, anda akan menikmati makan malam sebelum pulang ke hotel.

Hari 2 Tangkuban Perahu / Dusun Bambu (b)


Sarapan pagi di hotel dan gerak ke Tangkuban Perahu. Setelah selesai, anda akan ke Rumah Hobbit di Farmhouse Lembang Bandung.
Seterusnya akan ke Floating Market untuk makan tengah hari dan membeli belah di sana. Setelah selesai, anda akan ke Dusun Bambu.
Seterusnya, anda akan makan malam di Restoran Kampung Daun. Setelah selesai makan malam, anda dapat membeli belah di tempat menarik seperti Rumah Mode Factory Outlet serta Factory Outlets Jalan Dago.
Setelah selesai, anda akan pulang ke hotel.

Hari 3 Kawah Putih / Situ Patenggang (b)


Sarapan pagi di hotel. Setelah selesai, anda akan ke Kawah Putih. Perjalanan mengambil masa 2 jam, sejauh 44km.
Setelah ke Kawah Putih, anda akan meneruskan bersiar dia Ladang Teh yang berdekatan.
Seterusnya perjalanan akan diteruskan ke Situ Patenggang. Dalam perjalanan pulang ke Kota Bandung, anda akan singgah makan tengah hari sebelum ke Cibaduyut.
Seterusnya anda akan ke D'Fashion dan kedai parfum.
Setelah selesai makan malam, anda akan pulang ke hotel.

Hari 4 Pulang - Bandung (b)


Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar.
Sebelum ke airport anda akan singgah di Cihampelas Street dan Kedai kek Kartika Sari serta makan tengah hari.
Bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Medan.


  

Lihat atau muat turun jadual perjalanan dalam bentuk pdf.

Itinerary pdf

  

Muat turun borang tempahan dalam bentuk pdf, isikan semua maklumat yang berkenaan dan serahkan di pejabat kami ketika membuat pengesahan / pembayaran tempahan.

Borang PDF

  

Pelanggan yang dihormati, kini anda boleh membuat tempahan secara dalam talian untuk pakej ini. Sila tekan butang di bawah untuk ke borang tempahan online.

Tempahan Online