Hari 1 Airport Aceh - Tsunami Grave Victim - Sabang Fair (l/d)


Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda, anda akan dijemput oleh perwakilan. Makan tengah hari di restoran tempatan.
Solat Zuhur di Masjid Raya Baiturahman yang merupakan masjid kebanggaan rakyat Aceh. Melawat tanah perkuburan (grave) korban Tsunami yang berkubur lebih kurang seramai 46,718 orang.
Pulang Sabang (Weh Island) dalam masa 45 minit dengan menaiki feri dari Pelabuhan Ulee Lheue. Pelabuhan Balohan (Weh Island), daftar masuk hotel.
Mengunjungi tempat-tempat menarik seperti Sabang Fair.
Makan malam di restoran setempat. Kembali ke hotel dan acara bebas

Hari 2 Pulau Weh - Harbour - Banda Aceh (b/l /d)


Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Mengunjungi poin Zero Kilometer of Indonesia dan Benteng Jepun
Setelah itu ke Pulau Rubiah menikmati Pantai Gapang dan Iboih. Snorkeling, melihat Taman Bawah Laut Sabang (perbelanjaan sendiri) dengan bot kaca sambil menikmati panorama alam bawah laut.
Makan tengah hari di restoran tempatan. Membeli souvenir/shopping di Kota Sabang.
Kembali ke Balohan (harbour) untuk ke Banda Aceh.
Daftar masuk hotel dan makan malam selanjutnya acara bebas.

Hari 3 Kapal Pltda Apong - Museum Tsunami - Pondok Anak Yatim (b/l/d)


Sarapan pagi di hotel. Melawat ke tempat Kapal Api PLTDA APONG seberat 2,600ton yang di bawa oleh ombak besar tsunami yang dahsyat dengan kederasan 800km/jam (kapal itu jauh nya dari pantai sebelum di bawa ombak tsunami ialah sejauh 0.5km) dan mengunjungi kapal yang tersangkut di atas bumbung rumah penduduk kampung
Makan tengah hari di restoran tempatan.
Melawat ke Masjid Lampuk, salah satu masjid yang tak terjejas oleh ombak tsunami dan melihat di persekitaran perkampungan yang binasa akibat tsunami, dulu penduduk nya seramai 8,000 orang, sekarang hanya 400 orang sahaja.
Muzium Aceh, juga muzium tsunami dan pondok anak yatim yang merupakan pondok korban tsunami dan konflik.
Makan malam di restoran tempatan seterusnya acara bebas.

Hari 4 Gunongan - Makam Syeikh Kuala - Aiport (b)


Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar
Melawat Gunongan tempat Putri Sultan Iskandar Muda, istri Sultan Aceh yang dikahwini berasal dari negeri Pahang
Melawat makam (kuburan) Syeikh Kuala, seorang ulama yang bernama Sheikh Abdul Raof Al-Fansuri daripada Iraq yang mula-mula menyebarkan agama Islam di Aceh, makam tidak terjejas dari pada tsunami walaupun berdekatan dengan laut
Menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda, untuk penerbangan pulang ke Malaysia


  

Harap maaf, tiada jadual perjalanan dalam bentuk pdf.

  

Muat turun borang tempahan dalam bentuk pdf, isikan semua maklumat yang berkenaan dan serahkan di pejabat kami ketika membuat pengesahan / pembayaran tempahan.

Borang PDF

  

Pelanggan yang dihormati, kini anda boleh membuat tempahan secara dalam talian untuk pakej ini. Sila tekan butang di bawah untuk ke borang tempahan online.

Tempahan Online